16 Januari 2010
DIRAIKAN... Seramai lapan kanak-kanak istimewa daripada Pusat Dalam Komuniti (PDK) Lahad Datu telah diraikan dalam satu majlis makan malam di sini, semalam sempena meraikan kejayaan pasukan berkenaan yang telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori tarian berkumpulan pada Program Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 yang telahpun berlangsung pada 04 Disember lalu, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pasukan itu yang mewakili kontinjen negeri Sabah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000.
Sementara itu selain diraikan, kanak-kanak istimewa terbabit juga menerima pemberian wang saguhati daripada Pusat PDK Lahad Datu yang disampaikan oleh Penaung PDK Lahad Datu, Datin Hajah Kartini Haji Abdul Rahman.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.50 Lahad Datu.